Sunday, May 31, 2009

Al Kisah


Tersebutlah kisah dua beradik berebut takhta di negeri Inderapura. Perang saudara bermula pabila dicucuk suntikan penjajah Inggeris durjana. Menular racun berbisa ke benak si anak raja. Wan Mutahir dan Wan Ahmad diberi nama si anak-anak raja. Berperanglah mereka mempertahan hak yang dicipta. Takdir menentu maka kalahlah Wan Ahmad di tangan saudaranya. Hingga 3 perperangan berulang maka berjaya jua Wan Ahmad merebut takhta diraja akhirnya.

Namun sampai pula ke telinga akan cerita orang tua tua di Inderapura, mengatakan wujudnya sebuah kerajaan istana lama sebelum wujudnya takhta yang kini ada. Menceritakan pemerintahan istana lama di ulu tanah besar Inderapura, di mana rakyat jelata hidup aman sentosa dek pemerintahan insan bergelar Tok Raja. Hinggalah terjadinya kisah tipu daya penjajah durjana hingga terguling pula kerajaan diraja. Sehingga kerajaan takhta diwujudkan semula menurut nafsu kehendak mereka. Dengan perjanjian sesudah 100 tahun dipulangkan semula takhta kepada yang empunya. Begitulah antara cerita yang didendangkan ke telinga, oleh mereka yang telah hidup lama di bumi Inderapura. Masihkan ada kerajaan istana lama? Kerajaan yang bergelar Istana Maharaja Perba Jelai di Inderapura..


Al-kisah..


* Gambar dari kiri : Wan Muhammad Wan Idris, Wan Chik Wan Muhammad, Wan Ali Wan Chik (duduk)

5 comments:

  1. Assalamualaikum....
    nak tanye, siapa Tengku Wan Ismail bin Tengku Wan Ahmad??????????


    Sila reply di alinzaidin@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Assalam mualaikum..maaf saya sungguh kurang ilmu sejarah tapi......anak saya dlm separuhs edar ada menyebut kami sekeluarga harus ke istana lama pahang.....saya tidak mahu krn sapalah kami utk ke sana ...kami bukan kerabat...tapi anak saya berkata lagi..."nanti org sana akan tahu sapa kita yg hadir ke sana"

    saya masih tercari2 apakah maksud sbnr hal ni semua..wallahua'alam.....email saya....nurtinta@yahoo.com
    facebook....pelangibuana....hp 0197254595

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya kurang pasti nama Raja Perba Jelai ini nama samaran bagi individu yg tidak berkaitan dengan Maharaja Perba Jelai atau Maharaja Perba Jelai sendiri yang menjadi Bloger.

    Meskipun, apa yang dikatakan SEJARAH itu - sesuatu yg bena2 berlaku, tetapi segala yg dikemukakan kepada masyarakat umum perlu ada pembuktian dan hujahan yang kukuh.

    Saya kurang pasti sama ada saudara mempunyai data yang sahih mengenai apa yg saudara bicarakan ini. Tq.

    ReplyDelete
  4. Betul..ini lah cerita sebenarnya..cerita orang,surat perjanjian tersebut ada dua,satu di pekan dan satu lagi di muzium inggris...menurut anda surat di inggris itu siapa yg punya??????

    ReplyDelete
  5. How to Get From MGM to Hard Rock Casino? - DrMCD
    Getting from MGM to Hard Rock Casino is easy, 여수 출장샵 with a little practice and patience. When 밀양 출장마사지 it comes 의왕 출장안마 to 순천 출장안마 paying off bills, gambling can be 김해 출장샵 life-ending.

    ReplyDelete