Sunday, May 31, 2009

Kisah Wan Tanjung


Al-kisah..

Mangkatnya Tok Raja Wan Muhammad meninggalkan dunia. Waris seterusnya inilah dia. Wan Tanjung namanya kekanda Wan Chik adanya. Dialah pewaris takhta mantan Tok Raja.


Namun takhta bukanlah hajatnya..


Diberi pada sang adinda untuk mentadbir segala.

Malang tidak berbau ajal berkunjung tiba, Wan Chik bergelar Tok Raja sementara sahaja.


Matinya Tok Raja menjadi tanda tanya.

Fitnah melanda mengugut nyawa, dikatakan Wan Tanjung meracun adindanya. Kata mereka "Dek kerana takhta terkorban nyawa".

Namun tiada bukti dapat dikemuka, maka tiadalah terjadi hukuman ke atasnya.

Berlalulah sudah fitnah Tok Raja. Meracun adinda yang tercinta.

Maka terpaksa jua ditanggung beban pangkatnya.

Jadilah Wan Tanjung Tok Raja seterusnya.


Al-kisah..


*Gambar : Wan Tanjung Wan Muhammad

Al Kisah


Tersebutlah kisah dua beradik berebut takhta di negeri Inderapura. Perang saudara bermula pabila dicucuk suntikan penjajah Inggeris durjana. Menular racun berbisa ke benak si anak raja. Wan Mutahir dan Wan Ahmad diberi nama si anak-anak raja. Berperanglah mereka mempertahan hak yang dicipta. Takdir menentu maka kalahlah Wan Ahmad di tangan saudaranya. Hingga 3 perperangan berulang maka berjaya jua Wan Ahmad merebut takhta diraja akhirnya.

Namun sampai pula ke telinga akan cerita orang tua tua di Inderapura, mengatakan wujudnya sebuah kerajaan istana lama sebelum wujudnya takhta yang kini ada. Menceritakan pemerintahan istana lama di ulu tanah besar Inderapura, di mana rakyat jelata hidup aman sentosa dek pemerintahan insan bergelar Tok Raja. Hinggalah terjadinya kisah tipu daya penjajah durjana hingga terguling pula kerajaan diraja. Sehingga kerajaan takhta diwujudkan semula menurut nafsu kehendak mereka. Dengan perjanjian sesudah 100 tahun dipulangkan semula takhta kepada yang empunya. Begitulah antara cerita yang didendangkan ke telinga, oleh mereka yang telah hidup lama di bumi Inderapura. Masihkan ada kerajaan istana lama? Kerajaan yang bergelar Istana Maharaja Perba Jelai di Inderapura..


Al-kisah..


* Gambar dari kiri : Wan Muhammad Wan Idris, Wan Chik Wan Muhammad, Wan Ali Wan Chik (duduk)